Sunday, May 9, 2021

STRESSNYAAAA

 Time suruh cari, bukan main beria

Tapi lepas dah jumpa, mama macam nak tak nak je :(

Sakit hatilah kalau macam ni TT

Cerita pasal dia pun, mama macam tak minat, macam mna ni, awak? Saya stress 


Fuuuuhh


So, macam mna ni? Nak proceed ke tak nak? 

Sunday, November 15, 2020

Keliru 2.0

Kenapa aku rasa selasa dengan R, sedangkan dia biasa-biasa sahaja. Aku rasakan, kitorang sama-sama belajar from our previous relationship. IDK 

Tapi semalam aku belajar, ramuan untuk sesuatu perhubungan untuk berjaya ialah cinta dan tanggungjawab. Adakah aku berasa cinta kepada A? Adakah kemesraan aku bersama R ialah rasa cinta? Tapi ramai yang bagi signal mengenai R seolah-olah dia playboy? Adakah itu petanda dia bukan yang terbaik untuk aku?

Ya Rabb,
permudahkanlah urusanku ,
Aku buntu,
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.



Monday, November 9, 2020

Perasaanku

 Aku keliru dengan keputusanku


Adakah dia yang terbaik untukku?

Adakah dia akan melayan aku dengan baik?

Adakah dia akan menyenangkan hatiku?

Setiap detik teringat akan si dia buat aku gundah gulana.

I am not confident in my own decision.

Adakah aku akan salahkan sahabatku untuk semua ini?


Aku cuba hadirkan rasa cinta, kasih padanya

Namun, hanya kesuraman yang menyapa

Aku tak yakin

Aku tak tahu adakah ini yang terbaik


Ya Allah, 

Aku keliru

Aku buntu

Lorongkanlah aku pada jalan yang benar.

Thursday, September 24, 2020

THINGS I WANNA CHANGE

 Hi readers, after so long I didn't write anything on this blog,  so today here I come!

Things I wanna change in my own family later.

  1. Stop blabbering but give motivation
  2. Buy the necessary thing and keep stock at a minimum
  3. Learn to let go of your things instead of saving all unnecessary things
  4. Live in simple!
  5. Make sure your kids put the effort as effort is important but not the result
  6. Teach your kids with English but do not let religion study left behind

That's all from old me to future me later!


Sunday, May 12, 2019

SAHABAT

Apakah definisi seorang sahabat?

  • Seseorang yang akan ada bilamana diri dalam keadaan susah dan senang?
  • Atau seseorang yang akan memberi sokongan bilamana diri terasa sangat rendah?
  • Atau seseorang yang akan sanggup berkorban apa sahaja untuk diri?
  • Atau seseorang yang akan sentiasa membantu diri?
  • Atau seseorang yang akan mengambil manfaat ke atas kebaikan diri?
Aku keliru di antara sahabat-sahabat ini, yang mana sebenarnya yang benar-benar IKHLAS 

Aku masih percaya sahabat yang akau impikan itu masih wujud, tapi mungkin Allah belum hadirkan si dia. Aku mencari seorang yang setia, ada pada aku susah dan senang dan tidak pernah menghukum diri, sentiasa memberi kata positif.

Atau Allah sudah menurunkan dia tapi mata masih tidak celik, hati masih buta untuk menjejaki si dia.

Betul lah persahabatan atas dasar aqidah ini lah yang benar-benar ukhuwah Islamiyyah. Ya Allah, aku nak bergerak, aku nak istiqamah di atas jalan ini, aku nak berjuang, aku bersyukur menjadi insan yang terpilih yang dipilih mengikuti landasan ini. Mungkin jika aku belum berada di sini, aku masih keliru. Ya Allah, aku bukan mahu menagih cinta si Adam tetapi aku benar-benar mengharapkan hadirnya seseorang untuk menjaga diri ini. Bukan tidak mampu tetapi aku bingung. Semoga Dia memudahkan urusan hidup diri ini. 


Thursday, February 28, 2019

Pada kamu, mungkin senang untuk bergerak tapi bukan pada aku.

Aku tahu segala lontaran kata itu, disiniskan pada aku, akulah individu yang dinamakan sahabat tetapi tidak wala pada kamu, akulah individu yang kau harapkan aku turun untuk setiap program, dan akulah individu yang selalu mempersoalkan kewajipan untuk turun ke program, dan akulah individu yang kau kata kasihan kerana jauh.

Wahai orang yang pernah aku katakan sahabat,
Maaf,
Mungkin cara pandang kita berbeza,
Aku ada limit aku,
Aku tidak berani malah tidak kuat,
Tapi aku kagum pada kamu, mampu untuk hadir di setiap program,
Tapi jangan sekali kau hina aku,
Di pandangan matamu.

Saturday, August 11, 2018

Sahabat,

Aku bukan insan yang kau definisikan baik,
Aku juga bukan insan yang kau definisikan sopan, jaga tutur kata,
Aku juga bukan insan yang kau definisikan amal yang tinggi melangit,

Mungkin pada pandangan pertama matamu, mungkin aku begitu.
Tetapi tidak sahabat.

Ianya amat berat bagi diri untuk terima perkara ini,
Beramal keranya,
Mungkin ego menyulam di dalam diri,
Tetapi sekali aku ulang,
Aku bukan seperti apa yang kau lihat.

Bukan mahu jauh,
Bolehkah aku terus dengan caraku,
Dan kau terus dengan cara kau?
Sungguh, aku tak benci perkara baik,
Tapi pada satu tika,
Aku sudah sampai pada tahap,
Yang aku panggil tepu.

Maaf, aku mencari istiqamah,
Aku mendamba nikmat ibadat,
Bukanya melaksanakannya kerana tuntutan sebahagian pihak,
Tetapi bilamana aku melaksanakan,
Aku bersedia untuk menjaganya.