Sahabat,
Aku bukan insan yang kau definisikan baik,
Aku juga bukan insan yang kau definisikan sopan, jaga tutur kata,
Aku juga bukan insan yang kau definisikan amal yang tinggi melangit,
Mungkin pada pandangan pertama matamu, mungkin aku begitu.
Tetapi tidak sahabat.
Ianya amat berat bagi diri untuk terima perkara ini,
Beramal keranya,
Mungkin ego menyulam di dalam diri,
Tetapi sekali aku ulang,
Aku bukan seperti apa yang kau lihat.
Bukan mahu jauh,
Bolehkah aku terus dengan caraku,
Dan kau terus dengan cara kau?
Sungguh, aku tak benci perkara baik,
Tapi pada satu tika,
Aku sudah sampai pada tahap,
Yang aku panggil tepu.
Maaf, aku mencari istiqamah,
Aku mendamba nikmat ibadat,
Bukanya melaksanakannya kerana tuntutan sebahagian pihak,
Tetapi bilamana aku melaksanakan,
Aku bersedia untuk menjaganya.
No comments:
Post a Comment