Sunday, May 12, 2019

SAHABAT

Apakah definisi seorang sahabat?

  • Seseorang yang akan ada bilamana diri dalam keadaan susah dan senang?
  • Atau seseorang yang akan memberi sokongan bilamana diri terasa sangat rendah?
  • Atau seseorang yang akan sanggup berkorban apa sahaja untuk diri?
  • Atau seseorang yang akan sentiasa membantu diri?
  • Atau seseorang yang akan mengambil manfaat ke atas kebaikan diri?
Aku keliru di antara sahabat-sahabat ini, yang mana sebenarnya yang benar-benar IKHLAS 

Aku masih percaya sahabat yang akau impikan itu masih wujud, tapi mungkin Allah belum hadirkan si dia. Aku mencari seorang yang setia, ada pada aku susah dan senang dan tidak pernah menghukum diri, sentiasa memberi kata positif.

Atau Allah sudah menurunkan dia tapi mata masih tidak celik, hati masih buta untuk menjejaki si dia.

Betul lah persahabatan atas dasar aqidah ini lah yang benar-benar ukhuwah Islamiyyah. Ya Allah, aku nak bergerak, aku nak istiqamah di atas jalan ini, aku nak berjuang, aku bersyukur menjadi insan yang terpilih yang dipilih mengikuti landasan ini. Mungkin jika aku belum berada di sini, aku masih keliru. Ya Allah, aku bukan mahu menagih cinta si Adam tetapi aku benar-benar mengharapkan hadirnya seseorang untuk menjaga diri ini. Bukan tidak mampu tetapi aku bingung. Semoga Dia memudahkan urusan hidup diri ini. 


Thursday, February 28, 2019

Pada kamu, mungkin senang untuk bergerak tapi bukan pada aku.

Aku tahu segala lontaran kata itu, disiniskan pada aku, akulah individu yang dinamakan sahabat tetapi tidak wala pada kamu, akulah individu yang kau harapkan aku turun untuk setiap program, dan akulah individu yang selalu mempersoalkan kewajipan untuk turun ke program, dan akulah individu yang kau kata kasihan kerana jauh.

Wahai orang yang pernah aku katakan sahabat,
Maaf,
Mungkin cara pandang kita berbeza,
Aku ada limit aku,
Aku tidak berani malah tidak kuat,
Tapi aku kagum pada kamu, mampu untuk hadir di setiap program,
Tapi jangan sekali kau hina aku,
Di pandangan matamu.