- Seseorang yang akan ada bilamana diri dalam keadaan susah dan senang?
- Atau seseorang yang akan memberi sokongan bilamana diri terasa sangat rendah?
- Atau seseorang yang akan sanggup berkorban apa sahaja untuk diri?
- Atau seseorang yang akan sentiasa membantu diri?
- Atau seseorang yang akan mengambil manfaat ke atas kebaikan diri?
Aku keliru di antara sahabat-sahabat ini, yang mana sebenarnya yang benar-benar IKHLAS
Aku masih percaya sahabat yang akau impikan itu masih wujud, tapi mungkin Allah belum hadirkan si dia. Aku mencari seorang yang setia, ada pada aku susah dan senang dan tidak pernah menghukum diri, sentiasa memberi kata positif.
Atau Allah sudah menurunkan dia tapi mata masih tidak celik, hati masih buta untuk menjejaki si dia.
Betul lah persahabatan atas dasar aqidah ini lah yang benar-benar ukhuwah Islamiyyah. Ya Allah, aku nak bergerak, aku nak istiqamah di atas jalan ini, aku nak berjuang, aku bersyukur menjadi insan yang terpilih yang dipilih mengikuti landasan ini. Mungkin jika aku belum berada di sini, aku masih keliru. Ya Allah, aku bukan mahu menagih cinta si Adam tetapi aku benar-benar mengharapkan hadirnya seseorang untuk menjaga diri ini. Bukan tidak mampu tetapi aku bingung. Semoga Dia memudahkan urusan hidup diri ini.
No comments:
Post a Comment